Thursday, January 12, 2012

Arena FS mahu ulangi kejayaan


PASUKAN Arena FS Seberang Perai mahu mencatat kejayaan bermakna dengan memenangi Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 di Putrajaya.


ALOR SETAR - Pasukan Arena FS Padang Serai merancang strategi dan taktik baharu bagi memastikan kejuaraan menjadi milik mereka apabila menyertai Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Kebangsaan 2012 di Putrajaya.

Pengurus pasukan, Khairul Anuar Abdul Wahab berkata, pasukannya telah memulakan latihan intensif selama tiga hari setiap minggu di Kulim Arena Futsal and Sports, Kulim dekat sini dengan setiap sesi dijalankan selama dua jam.

"Kita akan pastikan para pemain memberikan yang terbaik pada kejohanan itu nanti dan apa yang perlu dibuat adalah meningkatkan tahap permainan berbanding tahun lalu.

"Walaupun kami menjuarai kejohanan pada tahun lalu, latihan tetap diadakan kerana kami sedar pasukan lain juga semakin kuat dan hebat," ujarnya di sini semalam.

Khairul Anuar memberitahu, Arena FS Padang Serai bakal menampilkan dua muka baharu dan selebihnya adalah pemain lama yang berpengalaman luas.

"Kebanyakan pemain kami penah beraksi pada kejohanan tahun lalu dan mereka mempunyai pengalaman yang akan dimanfaatkan kali ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: