
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam menyifatkan keputusan itu adalah adil serta membersihkan namanya dan keluarga.
Anwar yang ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya kerana bersungguh- sungguh sepanjang perbicaraan dan bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokongnya.
"Sekarang masih awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk pendakwa meneruskan (membuat rayuan) masih ada. Saya hanya bersyukur dengan apa yang didengar hari ini (semalam)," katanya.
Isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut ditanya perasaannya hanya berkata: "Syukur, Alhamdulillah."
Betul kata penulis...anwar syukur saiful reda,bagi aku apa pun keputusan belum dapat membersihkkan nama anwar dari tuduhan seperti mana yang didakwa....bersihkan nama tu dengan bersumpah cara islam bagi menguatkan hati ku ini bagi mempercayai mu wahai anwar...., siapa yang berani bersumpah dia itu adalah dipihak yang benar....Fikir2 kan lah..... Allahwaalam...
ReplyDelete