LOS ANGELES: Aktres Angelina Jolie mengakui tidak kisah untuk berhenti berlakon demi memberikan tumpuan pada kerja belakang tabir sebagai pengarah sekiranya dia tidak lagi mendapat tawaran lakonan yang memberangsangkan.
“Saya masih lagi suka berlakon sekiranya saya mendapat tawaran watak yang memuaskan. Jika tidak, adalah lebih baik saya memberikan ruang kepada pelakon lain yang berbakat selain layak untuk mendapat perhatian dan populariti,” katanya seperti dipetik laman web showbizspy.com.
Bintang berusia 36 tahun itu muncul dengan filem arahan pertama yang berjudul In the Land of Blood and Honey, tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: