Monday, January 2, 2012

5,000 ahli Skuad Rela Muda sedia bantu polis


SEBAHAGIAN daripada anggota Skuad Rela Muda ketika menjalani latihan di Sungai Udang, Melaka baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Seramai 5,000 anggota Skuad Rela Muda yang terdiri daripada belia yang menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah bersedia untuk membantu pasukan polis menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Skuad Rela Muda yang terdiri daripada belia yang berumur 18 hingga 30 tahun itu telah dilatih menggunakan modul baru yang lebih interaktif serta menggunakan stimulasi lebih menarik dan segar bersesuai dengan jiwa muda.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar kecil) berkata, skuad berkenaan akan bertindak untuk membantu anggota polis menjaga keamanan bagi jenayah kecil serta menjaga lalu lintas apabila ada keraian yang besar.

“Selepas ini, kita tidak perlu kerah anggota polis untuk menjaga keamanan atau membuat pemantauan di kawasan panas dan lalu lintas kerana Skuad Rela Muda ini bersedia bila-bila masa untuk ditugaskan,” jelasnya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Beliau sebelum itu merasmikan Hari Kesedaran Komuniti dan pelancaran Skuad Kesedaran Jenayah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Astaka, Tasik Titiwangsa di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: