Wednesday, January 11, 2012

3 konsep pilihan

PELBAGAI...Intan  menunjukkan  produk kosmetik berasaskan tumbuhan semula jadi, Forest’s Secret.
PELBAGAI...Intan menunjukkan produk kosmetik berasaskan tumbuhan semula jadi, Forest’s Secret.

AFPM Systech Sdn Bhd menawarkan Skim Tukar kepada usahawan kecantikan sedia ada untuk menjual dan menggunakan produk Forest’s Secret yang lebih meyakinkan.

Pengarah Urusannya, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, Skim Tukar terbuka kepada mereka yang sudah mempunyai pusat kecantikan, salun atau kedai sendiri dengan modal lebih rendah diperlukan untuk memasarkan semua rangkaian produk Forest’s Secret yang dihasilkan berasaskan tumbuhan semula jadi, mesra alam dan diperakui halal oleh Jakim.


Katanya, selain Skim Tukar pihaknya turut menawarkan peluang francais Forest’s Secret dengan tiga pilihan konsep perniagaan iaitu Herbal Shop, Herbal Kios dan Herbal Cart di mana terdapat lebih 240 jenis produk daripada lima kategori utama.

“Sehingga kini, terdapat empat cawangan Forest’s Secret iaitu di The Curve Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Kuala Terengganu, Terengganu, Plaza Angsana, Johor dan Universiti Utara Malaysia di Kedah dan awal tahun ini juga Forest’s Secret akan dibuka di Shah Alam dan Alamanda Putrajaya. “Untuk pertanyaan lanjut boleh menghantar e-mel ke careline.afpm@gmail.com atau melayari http://www.forestsecret.com,” katanya.


Menurutnya, Forest’s Secret turut mendapat permintaan di pasaran negara luar dan sekarang pihaknya dalam perbincangan dengan Brunei dan Singapura. Malah, Iran, Arab Saudi dan Nepal sudah menunjukkan minat untuk mendapatkan master francais Forest’s Secret di negara terbabit.


Sementara itu, Pengurus Besar Forest’s Secret, Intan Hyriatee Mohd Zawai berkata, barisan produk Forest’s Secret lengkap daripada penjagaan kulit dan badan, kosmetik, aroma terapi dan spa, makanan kesihatan dan haruman serta wangian.Intan berkata, semua produk Forest’s Secret diuji ke atas manusia dan tidak menggunakan haiwan selain mendapat anugerah jualan terbaik bagi produk penjagaan kulit, kosmetik dan makanan kesihatan.


“Paling penting produk Forest’s Secret melalui piawaian ditetapkan dan setiap tahun kami memperkenalkan dua atau tiga produk baru,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: