Friday, June 24, 2011

Produa popular di Sri Lanka

Perodua, pengeluar kereta kompak utama di Malaysia optimis capai peningkatan jualan 20,000 unit kereta secara keseluruhan untuk pasaran luar negara menjelang 2015.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, sasaran ini seterusnya akan disokong oleh peningkatan permintaan yang tinggi terhadap kereta keluaran Perodua di Sri Lanka sejak diperkenalkan.

“Kami menerima permintaan yang sangat tinggi di Sri Lanka di mana peningkatannya meningkat lebih 300 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malah, ada jenama Perodua yang lain juga secara perlahan-lahan sudah mula diterima di sana.

“Setakat ini nilai pasaran saham bagi model Perodua Viva di Sri Lanka adalah kira-kira 12 hingga 15 peratus,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Perodua Myvi baru kepada lima pembeli terawal di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, selain Perodua Viva, Perodua juga berhasrat untuk memasarkan Produa Myvi di Sri Lanka sedikit masa lagi.

Sementara itu, menurutnya, Perodua sudah menerima tempahan sebanyak 12,000 unit Myvi baru sejak dibuka untuk tempahan bermula 4 Jun lalu.

Aminar berkata, bagi pembeli yang telah membuat tempahan sebelum majlis pelancaran, mereka akan menerima kereta tersebut pada bila-bila masa sehingga penghujung Julai dan Perodua akan memastikan pembeli menerima kereta mereka dalam tempoh yang singkat dengan tidak perlu menunggu masa yang agak lama.

Menurutnya lagi, Perodua Myvi baru akan mula memasuki pasaran Indonesia dengan menggunakan lambang Daihatsu Sirion bulan dan menyasarkan 350,000 unit kereta akan dieksport sebulan dalam tempoh 12 bulan.

“Selain itu, kami juga sedang mencari peluang untuk mengeksport Perodua Myvi baru di bawah jenama Perodua di lima pasaran berbanding tujuh pasaran sedia ada. Antara pasarannya termasuk Mauritius, Singapura, Nepal, Fiji dan Sri Lanka,” katanya.

Manakala, bagi pasaran tempatan Perodua optimis untuk mengeluarkan dua juta unit kereta menjelang suku keempat tahun ini memandangkan Perodua kini sudah pun menghasilkan 1.9 juta unit sejak Perodua ditubuhkan 18 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: