
Perjanjian usaha sama ini menyaksikan perbincangan terkini mengenai peluang pelbagai projek untuk P1 merancang termasuklah peningkatan teknologi telekomunikasi tanpa wayar 4G kepada LTE TDD.
Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai berkata, P1 merupakan peneraju penggunaan jalur mudah alih 2.3Ghz WiMAX 4G pertama di dunia sejak 2008.
“Pengalaman yang diperoleh oleh P1 tiga tahun kebelakangan ini adalah aset yang bernilai untuk evolusi teknologi 4G dan pembangunan ekosistem LTE TDD. Malah, P1 berbesar hati dapat meneroka sempadan baru bersama Qualcomm pada teknologi Lte TDD.
“Kami akan sentiasa terus di hadapan untuk memastikan saling boleh kendali pelbagai teknologi tanpa wayar 4G. P1 akan memanfaatkan kekuatan rangkaian WiMAX selari dengan rancangan penempatan LTE,” katanya.
Sehingga kini, 18 mod rangkaian LTE telah dilancarkan di seluruh dunia dan bakal melancarkan 196 operator lagi sebagai tambahan kepada 1.2 bilion pelanggan yang sudah pun menggunakan peranti dan perkhidmatan 3G.
Sementara itu, Ketua Serantau Qualcomm Inc Malaysia, Singapura dan Filipina, Mantosh Malhotra berkata, Qualcomm berbesar hati mengadakan perbincangan bersama P1 untuk meneroka penggunaan rangkaian LTE TDD di Malaysia.
“Ini membuktikan komitmen dan pandangan jauh P1 dalam menyediakan nilai terbaik jalur lebar tanpa wayar untuk pelanggannya.
“LTE juga memperluaskan ekosistem dan skala ekonominya akan memberi manfaat kepada P1 dan rakyat Malaysia dari segi komersial dan teknologi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: