
SEBAHAGIAN daripada kawasan Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur akan turut dibangunkan dengan projek perumahan rakyat.
PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa sebahagian daripada tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).
Perdana Menteri berkata, kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan Prima berkonsepkan perniagaan sosial.
“Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak yang penuh.
“Bayangkanlah, satu kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan yang mampu dimiliki oleh rakyat,” katanya semasa ditemu bual di konti Radio One FM di Sri Pentas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: