
Tidak menafikan perkara itu, Along, menganggapnya sebagai salah faham biasa dan tidak mahu memanjangkan perkara itu lagi.
“Selepas situasi itu, saya pergi berjumpa dengan Fathia dan bawa berbincang dengannya. Fathia akui tertekan kerana tidak dapat menjiwai watak dan terpaksa mengulang babak sebanyak 18 kali.
“Kemudian penggambaran kembali seperti sediakala dan saya tidak ambil hati dengan apa berlaku. Lagipun saya sudah pun memaafkannya,” katanya kepada Zass.
Malah Along juga yakin, kontroversi itu tidak akan menjejaskan dramanya yang baru sahaja mengambil alih siaran Nora Elana di slot Akasia, TV3.
“Bagi saya ia hanya perkara remeh. Drama ini mempunyai kekuatannya sendiri menerusi skrip dan jalan cerita. Jadi tidak mustahil Stanza Cinta boleh mengatasi Nora Elena,” katanya.
Cabaran adaptasi novel
Along mengakui agak sukar untuk menghasilkan drama ini berikutan perlu mencorak jalan cerita yang tidak banyak lari dari novel tulisan Nurull Halawati itu.
“90 peratus drama ini adalah dari jalan cerita asal novel. Buat masa ini penggambaran sudah 70 peratus dijalankan dan dijangka selesai awal Julai ini.
“Sepanjang saya bergelumang dalam dunia pengarahan, untuk pertama kalinya saya merasakan drama ini mempunyai skrip yang bagus dan saya percaya mampu menarik golongan peminatnya tersendiri.
“Malah selepas episod pertama bersiaran minggu lalu, saya menerima respon cukup positif dari penonton di laman Facebook,” katanya yang menafikan drama ini mempunyai persamaan dengan Nur Kasih.
Kisah cinta agung
Mengulas mengenai drama tersebut kata Along, ia menceritakan kisah seorang pemuda yang hampa tidak mendapat cinta daripada wanita yang dicintainya, lalu berubah haluan mencintai Yang Maha Esa.
“Pemuda ini dia amat mencintai seorang wanita tapi cintanya tak berbalas. Sebaliknya wanita itu membantu dia merawat hatinya yang luka dengan mencintai Ilahi,” katanya
Kisah bermula apabila Amni Sorfina tiba untuk memulakan semester barunya di sebuah kolej. Teman biliknya, Auni (Chomel Fana) ialah seorang tomboy yang menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Amni pula seorang wanita solehah lemah lembut tetapi tegas.
Mereka sering berhadapan masalah dengan warden asrama, Cik Ainon yang suka menggunakan khidmat bomoh untuk mencapai tujuannya. Selain berdepan gangguan Cik Ainon, Amni juga mula menjauhkan diri daripada Auni supaya tidak terjebak dengan cinta songsang.
Drama ini dikuatkan lagi dengan kewujudan watak Irfan, seorang lelaki daripada keluarga kaya yang tidak pernah gagal dalam memikat mana-mana hati perempuan. Irfan secara tidak sengaja telah jatuh cinta dengan keayuan Amni. Dengan bantuan sepupunya, Fadhil, Irfan berjaya mendapatkan nombor telefon Amni tetapi gagal memenangi hati wanita itu kerana sikapnya yang kurang matang dan cetek ilmu pengetahuan agama.
Demi memenangi hati Amni, Irfan cuba memahami kegemaran Amni lalu mengajak Amni untuk menonton Konsert Amal Tsunami yang ditaja oleh ayahnya, Datuk Kamal (Datuk Jalaluddin Hassan). Konsert amal yang dikendalikan oleh Taufiq telah menarik perhatian Amni kerana usaha murni Taufiq yang mahu menolong mangsa-mangsa Tsunami.
Setelah berkenalan dengan Amni, corak kehidupan Irfan yang gemar berjoli dan kehilangan arah kini berubah. Irfan sering mengikuti kelas agama atas pengaruh Amni. Namun, Irfan masih gagal menawan hati Amni sepenuhnya kerana sifat Taufiq yang prihatin dan beriman lebih menepati ciri-ciri seorang suami dicari oleh Amni.
Apakah impian Amni untuk �mengecap kebahagiaan bersama insan tercinta merupakan sesuatu yang mustahil baginya? Jangan lupa saksikan kesudahan kisah cinta tiga segi menerusi drama “Stanza Cinta” lakonan Nur Fathia, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Fadilah Mansor, Datuk Jalaluddin Hassan, Chomel Fana, Amanda Misbun, Azhar Sulaiman dan Hilal Azman pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, hanya di TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: