
Menerusi pesawat baru itu, yang kini dalam peringkat akhir pemasangan dan kemasan di ibu pejabat Airbus di sini.
Ia diikuti kerja-kerja mengecat di Hamburg, Jerman, syarikat penerbangan itu akan memperkenalkan kelas perjalanan yang baru iaitu kelas ekonomi premium.
Sambil menyifatkan pesawat itu sebagai “yang terbaik dalam kumpulan pesawat MAS”, kepada wartawan Malaysia yang melawat kilang Airbus A380 pada Rabu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin berkata, MAS akan menawarkan empat kelas perjalanan pada laluan Kuala Lumpur-London.
Memandangkan ia pesawat generasi baru sepenuhnya dengan set sistem yang sangat canggih, banyak ujian perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Juruterbang dan jurutera Malaysia akan datang ke sini untuk belajar dan membiasakan diri dengan pesawat ini selain menyelesaikan masalah.
MAS juga dijangka menerima empat pesawat tambahan A380 secara berperingkat-peringkat tahun depan diikuti sebuah lagi pada 2013.
Ditanya mengenai pembiayaan untuk pesawat terbabit, beliau berkata MAS akan mengenal pasti pelbagai pilihan, termasuk pembiayaan Islam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: