Tuesday, June 14, 2011

Laman sosial perlu pelengkap

Laman sosial 1Malaysia

FACEBOOK yang merupakan sebahagian daripada media sosial bukan sahaja memerlukan sokongan malah pelengkap kepada laman sosial itu.

Ketua Pegawai Operasi Hatching Technology Sdn Bhd, Anas Istikhor berkata, laman sosial turut memerlukan ‘pendengar’ dalam menghubungkan rangkaiannya.

“Sama ada untuk tujuan individu atau organisasi, setiap maklumat yang hendak disebarkan itu perlu sampai ke sasaran selain mengenal pasti profil yang berpotensi.

“Justeru, penyelesaian media sosial SocialGofer diperkenalkan bagi memudahkan pengurusan di laman sosial,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.

Facebook laman sosial popular

Selain laman sosial, persekitaran media sosial antara lainnya meliputi perkongsian, perbincangan, permainan sosial, penerbitan dan siaran langsung.

SocialGoger bertujuan untuk mendengar, membuat justifikasi dan menguruskan media sosial sebagai kemudahan dan kecekapan untuk pengguna platform itu.

Anas berkata, sesuatu pengaruh bukan terletak pada penyelesaian namun sebaliknya pada pengguna dan bagaimana ia mempengaruhi komuniti di sekeliling pengguna.

Sebagai contoh katanya, jika seseorang yang mahu menjual produk di Facebook, dia akan memuat naik gambar-gambar produk dan membuat ‘tag’ pada rakan-rakannya.

“Menerusi SocialGofer, ini dapat menentukan berapa dan siapa yang melihat gambar-gambar itu termasuk yang menyukainya serta berpotensi untuk membeli.

“Setiap manusia mempunyai perasaan ingin tahu maka apa yang dinyatakan di laman sosial akan dinilai dan dipersoalkan tentang maksud dan motifnya,” katanya.

Anas berkata, aplikasi itu bermatlamat untuk mengangkat tahap kepenggunaan media sosial ke peringkat seterusnya termasuk pembinaan reputasi dan pengurusan jenama.

Bagaimanapun katanya, pihaknya hanya menyediakan platform untuk kecekapan itu namun analisis dan maklumat masih bergantung pada pemilik profil.

Anas Istikhor

“SocialGofer sekadar pelengkap media sosial bukan menyaingi dengan mana-mana aplikasi. Ini adalah keperluan pengguna antara lainnya untuk laman sosial,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: