Tuesday, June 14, 2011

Tempurung Pecah: Promosi, pembohongan dan matlamat dalam dunia perfileman

DARI Bucheon naik ke Beijing, turun ke Bali dan terbang jauh ke Rotterdam, Belanda kembali ke Teluk Nipah, Pangkor aku mengembara padat ke semua daerah.
Membawa filem mahupun dengan membawa diri sahaja, aku gembira bertemu warga dunia.
Perbagai ragam manusia aku jumpa dan semestinya mereka juga bertemu manusia kepelbagaian ragam seperti aku. Dalam perjumpaan itu, kami berdiskusi, berforum dan berseminar untuk mempertahankan ‘craft’ serta niat pembikinan filem masing-masing. Kuat dengkur malam apabila aku tidur kerana setiap sesi itu bukan mudah bagi aku menceritakan mengenai dunia industri filem tempatan kerana tahap pendengaran dan pengetahuan mereka mengenai filem dan pembikin filem sebelah sini amat tinggi sehinggakan tiada ruang angin berita palsu boleh diselitkan.
Apabila aku menceritakan mengenai jumlah kutipan filem box-office aku, mereka terus bertanyakan berapa jumlah panggung, berapa tayangan dalam sehari dan jumlah hari yang dipertontonkan dan terus membuat kira-kira di hadapan aku. Begitu teliti mereka menerima sebarang maklumat. Kemudian baru aku mengerti dengan pendapat mereka bahawa ketulusan berkarya dibayangi oleh jumlah kutipan sebenar, bukan gimik pemasaran produser filem dunia.

Fahamlah aku yang selalu menganga dan mengangguk menerima terus maklumat yang diuar-uarkan dengan kutipan maut filem Hollywood di negara kita ini.

Di dalam majlis suai kenal dan bangga dengan kehadiran masing-masing itu, aku pelajari betapa mudahnya filem tempatan kita (lebih-lebih lagi filem aku) berbanding dengan filem yang mereka bawa. Topik pengisian dan niat komersial kaut untung filem kita jelas terpampang megah mengundurkan langkah jauh ke belakang dari tempo derapan larian kencang filem luar jika dilihat secara iri hati.

Isu dan subjek yang dipahat di dalam filem mereka amat dalam bahasa perfileman dan kritikannya. Setiap tawa berlapis makna dan setiap tangisan beribu tafsirannya.
Tiada babak plastik dan berlebihan walaupun filem itu bersifat ‘komersial’. “Bagaimana ia boleh terjadi?” tanya Pak Duki sambil menggulung rokok nipah yang dibeli secara hutang di kedai Alias Pak Wan Char. Mail LLN menghirup kopi O ‘kaw’nya dengan perlahan sebelum menjawab. Disusun ayat dengan teliti dan penuh ikhlas.

“Mana la aku tau...” balas Mail LLN. Menurut Lan Cicak, selaku Pengerusi Biro Penerangan kampung, pembikinan filem itu bukan berlandaskan hanya kepada niat si pembikin, tetapi juga atas rasa tidak mahu memperbodohkan penonton juga menjadi faktor mengapa filem luar begitu teliti kerjanya.

Apabila disebut filem luar adakah majoritinya sedemikian indah pujiannya? Buruk sangatkah filem tempatan? Tidak. Sama sekali tidak. Banyak di antara filem-filem mereka itu amat rendah mutunya dari segi akhlak dan niat mempengaruhi dunia dengan order baru yang menyesatkan.

Filem yang menggalakkan dan menanamkan semangat neutral di dalam sexual preferences serta keluar dari kepungan agama dan prinsip kekeluargaan itu amat diangkat mereka dan diberi pujian melangit melebihi filem yang meraikan kehidupan bermoral. Mengaku kebesaran puak Yahudi menjadi senjata berkesan untuk mendapat tempat di ruangan media perfileman dunia, malah berkemungkinan mendapat kemenangan secara langsung! Itu niat mereka.

Meletakkan nama pelakon dan pengarah yang berpengaruh demi meramaikan lagi jumlah yang menonton menjadi percaturan golongan ini. Win some, lose some namun pada hakikatnya doktrin baru mengagungkan Yahudi di dalam media massa adalah agenda paling mulia tiada batas kewangan diberikan.

Bukan sahaja kepada pembikin filem luar negara malah ini juga terjadi kepada segelintir pengarah tersangatlah kreatif negara ini yang bergerak secara senyap menyediakan skrip separuh masak menceritakan keazaban golongan yang kononnya ditindas di negara ini dan terus diberi dana untuk menyiapkan filem itu. Penipuan pembikin filem tempatan untuk meraih peluang berkarya dan menjadi wakil nama besar negara ini ke festival dunia.

Golongan yang beroperasi secara senyap ini mendapat sokongan dari golongan antiestablishment lain yang beranggapan bahawa apa saja yang kiri adalah benar.

Lebih bermakna menonton filem Mat Bond daripada menonton filem golongan anarkis ini bisik Mail LLN memberi pendapat sejujur-jujurnya. Mereka semua diam memandang ke arah beliau. “Kak Nab!...kopi O lagi satu! Yang ni kurang kaw la!” jerit Mail LLN menyerongin cuba menukar haluan diskusi yang beliau separuh mengerti itu.

Filem kita masih baru bangun merangkak setelah puas tidur selepas zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an dan pertengahan 60-an dulu. Masih banyak ruang untuk kita jenguk sebelum kita boleh pantas berlari. Penyediaan minda dan tanggungjawab pembikin masih di tahap permulaan. Keterujaan produser meraih keuntungan masih boleh diterima demi memberi galakan supaya terus menerbitkan filem yang berbagai bentuk dan eksperimen. Bukan menidakkan intelek penonton tetapi lebih kepada menajamkan lagi karya pembikinnya supaya terus dapat menghiburkan rakyat yang semakin tahu hak memilihtonton ini.

Jadi di mana sebenarnya kedudukan filem tempatan berbanding dengan filem luar yang aku maksudkan itu? Kolot sangatkah filem kita atau suci sangatkah filem aku? Jalan mana yang harus kita tuju?

Jawapannya terletak hanya pada niat kita berkarya. Jika pembohongan yang kita sajikan maka terbohonglah rakyat menontonnya. Jika keuntungan yang kita mahukan, keuntungan itu jugalah yang akan membebani penonton kelak. Bukti kewujudan niat filem-filem yang sedang berputar di seluruh dunia ini sudah jelas memperlihatkan hala tuju industri perfileman yang kita pilih.

Seni untuk masyarakat yang di laungkan oleh angkatan bapa aku pada tahun 1945 dan menjadi asas pada tahun 50-an itu masih aku pegang. Ruang berkarya untuk menyediakan intelektual masyarakat menuju ke masa depan yang lebih bermakna melalui seni, kupandang besar tidak luput niat di hati. Seks, Yahudi, perkauman dan keruntuhan moral adalah promosi basi untuk kita dakap. Berhiburlah dengan dunia perfileman cara kita, selagi kita kukuh tahu ke mana kita ingin membawanya pergi....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: