Wednesday, June 22, 2011

Krisis bekalan air tiga hari


SENARIO pengguna mendapatkan bekalan air dari tangki sementara Syabas seperti di Puchong ini mungkin berlaku di banyak kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mulai hari ini ekoran gangguan bekalan air.


KUALA LUMPUR - Hampir 800,000 pengguna di beberapa kawasan kediaman dan komersial penting di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air selama 48 jam bermula pagi ini hingga pagi Jumaat ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Penutupan loji yang terletak di Bukit Badong, Ijok itu dijangka menjejaskan beberapa kawasan di pinggir ibu negara, Daerah Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, penutupan loji tersebut dilakukan ekoran kerja-kerja penggantian injap Sluice Valve di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan.

"Ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan biasa, sebab itu kita telah keluarkan notis lebih awal bagi membolehkan orang ramai bersiap sedia.

"Kita menjangkakan sebanyak 139,000 akaun akan terjejas dengan gangguan bekalan ini," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: