|
|
Secara logiknya perlukah sangat pertandingan Imam Muda ini diwujudkan? Bukankah dalam Islam itu sendiri pertandingan sesuatu yang membabitkan agama yang suci ini memang tidak digalakkan.
Persoalannya wajarkah kita menyingkirkan peserta hanya kerana suara alunan bacaan surah di dalam ayat suci al-Quran tidak begitu merdu atau tidak mempunyai daya tarikan yang menarik? Kalau diperhatikan, modulnya sama macam Akademi Fantasia (AF) atau Maharaja Lawak. Ada juri beri komen, ada sandiwara sedih dan lakonan yang dirancang oleh mereka sendiri dan ada pula penampilan peserta didalam sesuatu acara, memang sama. Kalau boleh janganlah samakan Imam Muda ni dengan program AF atau Raja Lawak kerana Islam tidak galakkan kritikan berlebihan atau memberikan butiran secara terperinci akan kelemahan seseorang individu itu dikhalayak ramai. Sewajarnya hanya mengumumkan keputusan siapa yang menang ataupun kalah, itu sahaja, jangan berlebihan.
Satu lagi, penonton juga dilihat suka menjerit-jerit nama peserta seolah-olah sedang menyaksikan konsert AF. Adalah lebih baik lagi pertandingan itu diadakan secara tertutup sahaja ataupun jangan diadakan langsung jika ia tidak bersesuaian dengan adab dan peraturan serta tuntutan agama kita yang suci itu.
SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL,
Ampangan, Seremban.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: