Wednesday, June 22, 2011

Isu Mengamuk: Along Tak Mahu Keruhkan Keadaan

Isu bergaduh dilokasi memang sudah menjadi adat dalam dunia lakonan, apatah lagi apabila masing-masing sudah penat seharian di set penggambaran.

Terbaru isu seorang pelakon baru, Fathia dikhabarkan telah naik angin sewaktu diset penggambaran drama bersiri, Stanza Cinta.

Fathia, pelakon yang pernah membintangi drama popular Nur Kasih ini juga dikatakan telah melempar telefon bimbit miliknya kearah pengarah, Along Kamaruddin.

Menurut beberapa laporan, peristiwa itu berlaku apabila Fathia dikatakan tertekan dengan arahan yang diberikan Along, selain tidak dapat membawakan watak sebagai Amni Sofrina dengan baik.

Bertemu Along Kamaruddin dimajlis sesi ramah mesra bersama pengarah dan pelakon-pelakon, Stanza Cinta di Sri Pentas semalam, dia bercerita perkara sebenar yang berlaku sewaktu itu.

"Pada ketika itu, mungkin dia (Fathia) sangat tension dan stress, jadi secara tidak sengaja telefonnya terlepas ditangan dan terkena di lengan saya.

"Saya ada bertanya pada dia, kenapa buat begitu tapi katanya dia tidak berniat mahu membaling telefon itu pada sesiapa termasuk saya. Katanya lagi, dia tertekan dan sangat stress.

"Selepas kejadian itu, dengan rendah hati saya datang kepadanya untuk memujuk dan bertanya sama ada dia mahu teruskan ataupun tidak penggambaran drama ini, dan jawapannya dia sanggup teruskan," luahnya.

Mengakui situasi tegang ketika itu, jelas Along dia mengambil langkah untuk memujuk Fathia semula kerana tidak mahu keadaan ini bertambah keruh.

"Pada saya ini adalah proses untuk dia belajar, mungkin masa tu dia tertekan kerana saya terlalu menekannya untuk memberikan yang terbaik untuk drama itu.

"Memang sampai berbelas kali kami ulang babak itu, sebab saya mahu dia beri yang terbaik, tapi saya tak sangka perkara ini jadi begini.

"Saya tak kata dia tidak bagus dalam lakonan, dia boleh berlakon tetapi dia tiada pembimbing. Mungkin lakonan sebelum ini,dia tidak ditegur oleh pengarah, jadi bila saya terlalu banyak menegur dia jadi tertekan,"jelas Along lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: