Wednesday, June 22, 2011

Hantaran terkesan dihati

CANTIK...hasil tangan inilah kebanggaan Rozalawati.
CANTIK...hasil tangan inilah kebanggaan Rozalawati.

MEMANG seronok mempelajari gubahan hantaran. Menggubah kain, buah, telekung dan sejadah memerlukan kreativiti yang halus supaya hantaran tampil terkesan di hati penerimanya. Tetamu yang lihat pun rasa seronok.

Kek antara yang sering menjadi penambah seri di dalam barisan hantaran dan selalunya bakal pengantin menginginkan kek yang cantik untuk kenangan sekali seumur hidup mereka. Berbelanja lebih pun ramai yang tidak kisah.

  • Foto

    BUNGKUS...fondan yang sudah siap diadun mesti dibungkus plastik supaya tidak mengeras.

  • Foto

    SEDIAKAN HIASAN...buat kerawang dan penghias tepi menggunakan acuan, guna warna keemasan supaya lebih menyerlah.

  • Foto

    HIAS...gunakan air untuk melekat kerawang dan penuhkan ke seluruh tepak.

  • Foto

    IKUT UKURAN...dua kek dipotong mengikut ukuran pola. Satu di bawah dan satu di atas.

  • Foto

    BENTUK...potong tepi kiri dan kanannya supaya membentuk tepak.

  • Foto

    POTONG ELOK...hasilkan bentuk tepak sireh.

  • Foto

    SAPU...sapukan krim mentega di tengah dan sekeliling kek yang bertindak sebagai pelekat. Perasa dan warna krim mentega mengikut kesukaan.

  • Foto

    CAMPUR DAN CANAI...campurkan pewarna kuning (ikut kegemaran) dan uli fondan putih. Kemudian canai pada papan dan kemaskan bahagian tepi. Tepi papan boleh dihias dengan ukiran jika mahu.

  • Foto

    ALIH...angkat kek dan letak di atas papan yang sudah ada lapisan fondan kuning.

  • Foto

    CANAI...canai fondan merah kemudian potong mengikut ukuran pola yang disediakan.

  • Foto

    TAMPAL KEMAS...tampal sekeliling dengan kemas dan buat lubang segi empat tepat di atas tepak.

Kami bertuah kerana dapat melihat Rozalawati Ngah, 38, menggubah kek menjadi tepak sireh yang berkait rapat dengan seni pinang meminang dan pelengkap hantaran.

Baru-baru ini, Rozalawati mengambil kesempatan mengajar beberapa rakan blogger yang sangat teruja mahu mengetahui langkah demi langkah cara menyiapkan kek hantaran tepak sireh.


Hendak menghasilkannya bukan sesuatu yang mudah kerana ia perlu dibuat de�ngan hati-hati dan terperinci. Kerawang dan warna keemasan membuatkan kek tepak sireh tampil terserlah dan sesiapa saja yang melihatnya pasti terpikat.


Untuk menyiapkan kek han��taran tepak sireh ini, selain fondan dan kek, perlu ada krim mentega sebagai pelekat, pewarna, taburan emas dan acuan bagi membuat kerawang.

Kesabaran juga amat penting kerana masa yang diambil agak lama.


Terima kasih:
- Rozalawati Ngah (016-2252303)/dlittlekitchen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: