Friday, August 6, 2010

Kempen 1Malaysia 1Halal bermula hari ini


GERAI Kosmo! yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta jualan istimewa menanti pengunjung Kempen 1Malaysia 1Halal di Teluk Danga, Johor Bahru yang bermula hari ini.


JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman akan melancarkan Kempen 1Malaysia 1Halal yang berlangsung di Teluk Danga di sini hari ini.

Kempen jelajah edisi ketiga dari 6 hingga 8 Ogos itu menghimpunkan 64 syarikat pengeluar produk halal serta lapan buah agensi kerajaan.

Edisi pertama yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur Februari lalu berjaya mengumpulkan lebih 50 peserta manakala edisi kedua di Kangar, Perlis, Jun lalu pula 75 peserta.

Antara syarikat tersebut termasuk Yakult (M) Sdn. Bhd., Halagel (M) Sdn. Bhd., Chemical Company of Malaysia (CCM), Mamee-Double Decker (M) Berhad, Permata Hijrah, Oriental Manufacturing Sdn. Bhd., Baba's Product Sdn. Bhd. dan banyak lagi yang pasti memikat hati para pengunjung untuk berbelanja.

Agensi kerajaan yang turut serta ialah Pertubuhan Peladang Johor, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor, Tabung Darah Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Polis Diraja Malaysia, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal (Pengurusan), Che Leh Che Ali, kempen itu dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: