|
|
ANGELES 31 Julai - Jennifer Aniston (gambar) menegaskan dia tidak akan mendapatkan anak menggunakan kaedah permanian beradas seperti wataknya dalam filem terbaru The Switch kerana dia lebih suka mengenali seseorang lelaki itu terlebih dulu.
Pelakon yang memainkan watak sebagai Kassie yang memutuskan untuk menggunakan teman sebagai penderma sperma untuk memperolehi anak dalam filem barunya itu lebih berminat untuk mendapatkan anak menggunakan cara tradisional.
Ditanya oleh pengacara Jay Leno dalam rancangan The Tonight Show sama ada dia akan melakukan permanian beradas, Aniston menjawab, dirinya mahu mengenali lelaki itu.
Leno terus mengusik bintang Hollywood berusia 41 tahun itu tentang pertanyaan memalukan dengan menanyakan soalan bagaimana bank sperma berfungsi.
"Anda pergi ke bank dan anda mempunyai kad... saya sejujurnya tidak berapa tahu mengenainya," kata Aniston.
Walaupun dia bertegas tidak berminat mengunjungi bank sperma, Aniston baru-baru ini dilaporkan melawat penasihat kehidupan untuk memenuhi impiannya memperolehi anak.
Pelakon yang bercerai dengan Brad Pitt pada 2005 selepas lima tahun berkahwin dilaporkan menemui pakar strategi kehidupan Suzannah Galland untuk membuat keputusan berkenaan hidupnya dan memenuhi impiannya memperolehi anak.
Suzannah yang mempunyai pelanggan termasuk Naomi Campbell, Demi Moore dan Gwyneth Paltrow berkata, ramai di antara pelanggannya yang mempunyai jiwa yang kosong jika mereka tidak mempunyai keluarga.
"Ramai daripada mereka berfikir, jika mereka tidak boleh memiliki keluarga dengan cara tradisional, mereka tidak akan memperolehi anak, mereka tidak mempertimbangkan kaedah lain terutamanya pengambilan anak angkat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: