Saturday, August 7, 2010

Berbuka sambil beramal


DARI kanan: Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Red Box Desmod Chin, Awal dan dua orang chef Red Box menunjukkan menu istimewa sempena Ramadan.


SEMPENA kedatangan Ramadan, pusat karaoke Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyajikan hidangan istimewa berbuka puasa. Nikmati pelbagai hidangan Melayu tradisional yang dihasilkan chef-chef berpengalaman diketuai Chef Faizul Hazly dari Unilever Food Solution.

Antara hidangan yang menjadi tarikan ialah kepak ayam goreng berempah, gulai kawah daging, ayam kelio, sate ayam dan daging serta ayam panggang santan berlada.

Bagi peminat makanan laut, boleh mencuba hidangan sotong goreng tepung, udang sambal petai, ketam percik, lala goreng pedas, udang lemak cili api, kupang tiga rasa, ikan senangin masak tempoyak, salmon gulung asparagus dan banyak lagi.

Penggemar hidangan Barat pula tentu tergoda dengan kutlet bebiri panggang, salad gril dan eskalop daging. Pencuci mulut seperti air batu campur, manisan dan pelbagai kuih-muih tradisonal.

Selain menikmati pelbagai menu yang disediakan tanpa had, pengunjung juga boleh mendapat bilik ekslusif untuk berkaraoke. Selain individu, Red Box Ria turut menawarkan promosi pakej berkumpulan. Harga pakej dilengkapkan dengan percuma untuk setiap tambahan pengunjung. Antara pakej yang ditawarkan ialah Famili Ria, Famili Ceria, Famili Mesra, Famili Suria, Famili Meriah.

Di samping menjamu selera dan berhibur, pengunjung juga boleh beramal dengan membeli kad ucapan hari raya yang memaparkan duta Kad Dot Red, Awal Ashaari dengan harga RM3. Setiap RM2 hasil jualan kad ini akan disumbangkan kepada Yayasan Nur untuk membantu golongan yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: