Friday, August 6, 2010

Amy Mastura Jadi Duta Produk Kesihatan

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura,39, dilantik menjadi jurucakap terbaru bagi syarikat menjual alat senaman terkenal iaitu Takasima pada 27 Julai lalu.

Menurut Amy, alat senaman daripada produk Takasima sudah terkenal dan dipercayai mampu memberi kesan yang diinginkan oleh setiap pengguna.

"Saya memilih Takasima kerana mempercayai produk ini tidak akan mengecewakan dan membantu peminat-peminat saya di luar untuk mendapatkan produk terbaik bagi menjaga kesihatan.

"Alat-alat senaman ini juga sesuai kepada mereka yang sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa untuk ke gym kerana semuanya sudah tersedia di rumah," jelasnya.

Amy yang gemarkan gaya hidup yang ringkas percaya bahawa alat senaman Takasima ini dapat membantu menjaga kesihatan dia dan keluarganya.

"Saya percaya kesihatan badan dan minda mampu menjadikan kita seorang yang aktif dalam kehidupan seharian disamping menjaga suami dan anak-anak. Saya juga tidak nafikan sedikit sebanyak produk ini membantu kerjaya seni saya," katanya.

Dia yang dilamar oleh syarikat tersebut sejak dua bulan lalu tertarik dengan produk-produk keluaran Takasima dan seterusnya bersetuju menjadi duta kepada jenama itu Julai lalu.

Dalam pada itu, pemilihan Amy juga berdasarkan kredibilitinhya sebagai ibu kepada dua cahaya mata dan popularitinya di negara ini serta beberapa negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Selain memperkenalkan Amy sebagai jurucakap terbaru, Takasima juga melancarkan produk terbaru keluaran syarikat itu iaitu F1 Racing Motoirzed Treadmill TK651 yang sudah berada di pasaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment