KUALA LUMPUR - YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Communications) bekerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd. (TM) untuk melancarkan perkhidmatan rangkaian 4G tahun depan dengan matlamat merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.
Kedua-dua pihak semalam memeterai perjanjian perkhidmatan Wholesale Ethernet dan penyewaan utama bagi perjanjian perkongsian prasarana.
Pengarah Urusan Kumpulan YTL, Tan Sri Dr. Francis Yeoh Sock Ping berkata, perjanjian bagi tempoh 15 tahun itu akan membolehkan YTL Communications memanfaatkan perkhidmatan Wholesale Ethernet TM di samping menggunakan platform jalur lebar kelajuan tinggi dan kemudahan telekomunikasi lain.
"Ia bertujuan untuk merealisasikan perhubungan jalur lebar bersepadu yang lebih menyeluruh di negara ini serta membantu Malaysia mencapai visinya sebagai sebuah negara jalur lebar yang merangkumi perkhidmatan Internet tanpa wayar dengan teknologi 4G," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: