SINGAPURA - Bagi kebanyakan pelajar, perpustakaan merupakan tempat selesa untuk mengulangkaji pelajaran namun sejumlah pelajar Singapura semakin gemar menjadikan Lapangan Terbang Changi sebagai bilik belajar.
Akhbar The Straits Times semalam melaporkan, para pelajar berkenaan memilih restoran dan kafe tetapi ada juga yang memilih untuk belajar di medan selera.
Seorang juruteknik, Farid Idros, 25, berkata, ada ketika medan selera dipenuhi pelajar mengulang kaji pelajaran tetapi mereka akan beredar jika mendapati ia terlalu padat.
"Saya tidak kisah mengenai perkara itu," kata Farid.
Pelancong dari Kanada, M. Shunlim berkata, mengulangkaji pelajaran di lapangan terbang menyebabkan Changi unik.
Kebanyakan penduduk Singapura menghabiskan masa hujung minggu di Lapangan Terbang Changi untuk membeli-belah, makan dan berehat kerana keadaanya sangat selesa, kata seorang kolumnis akhbar USA Today, Harriet Baskas.
Pengurus Komunikasi Korporat Lapangan Terbang Changi, Lee Ching Wern berkata, pihak pengurusan mahu menyediakan banyak tarikan di lapangan terbang termasuk kemudahan istimewa.
Katanya, Changi menyediakan 500 stesen Internet, pawagam, permainan komputer, klip muzik, set karaoke dan gula-gula penyegar yang semuanya diberikan percuma.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: