
RAMAI yang ingin memiliki bentuk tubuh yang sihat dan menarik. Tetapi masa dan tenaga sering menjadi alasan untuk bersenam atau beriadah.
Malas bekerja keras di pusat kecergasan dan tiada masa, bukan lagi alasan jika anda memilih pusat kesihatan Ecogym yang terletak di Merchant Square, Damansara, Kuala Lumpur.
Di pusat itu, peralatan yang digunakan untuk mendapatkan bentuk tubuh cukup istimewa dan canggih. Ini kerana peralatan yang menggunakan teknologi dari Jerman itu tidak akan membuatkan anda berasa letih atau mengalami sakit-sakit badan.
Teknologi yang digunakan di Ecogym bertindak merangsang sistem sel dalam tubuh dan membolehkan pengaliran darah berjalan lancar.
Secara tidak langsung, ia dapat membantu membaik pulih tisu yang rosak atau mati dalam tubuh yang menyebabkan badan lesu dan kurang bermaya.
Menurut pengasas Ecogym, Datuk Eric Yap, teknologi itu membantu memudahkan orang ramai memiliki tubuh dan kesihatan yang baik.
"Setiap 20 minit senaman di Ecogym adalah bersamaan dengan dua jam melakukan senaman di taman," katanya ketika ditemui Kosmo! di pusat kecergasan tersebut baru-baru ini.
Pengunjung hanya perlu mengikut empat langkah, merangkumi empat peralatan yang memberikan segala-gala yang anda inginkan.

Langkah pertama, badan anda akan dianalisis menerusi biografi komputer. Kemudian, anda hanya perlu berdiri di atas mesin seperti trademill yang menggoyangkan tubuh dan sekali gus meningkatkan metabolisma badan.
Langkah ketiga pula, anda akan dimasukkan ke dalam mesin mengurut. Di situ, tubuh akan diurut seperti berada dalam kolam jakuzi. Ia dapat mengurangkan stres dan membaiki tisu yang cedera.
Sementara langkah terakhir, dalam tempoh 10 minit, anda akan dibiarkan berbaring di atas kerusi yang unik. Tanpa sebarang wayar, ia sebenarnya dapat membantu membaiki sistem saraf belakang tubuh anda.
"Dengan menjalani rawatan di Ecogym, pelanggan tidak merasai sentuhan manusia. Sebaliknya, semua urutan dilakukan oleh mesin," katanya.
Menurut beliau, untuk mendapatkan kesan kesihatan yang stabil, sebaik-baiknya rejim kesihatan tersebut perlu dilakukan dua atau tiga kali seminggu.
"Paling lama pun untuk rawatan keempat-empat langkah di Ecogym hanya mengambil masa 30 minit," katanya yang memberi jaminan senaman di Ecogym tiada kesan sampingan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: