Sunday, November 8, 2009

Krisdayanti bertemu anak-anaknya

Setelah hampir dua bulan memendam rindu akhirnya Krisdayanti mengorak langkah dan membulatkan tekadnya untuk bertemu dengan kedua-dua anaknya yang kini berada di bawah jagaan Anang iaitu mantan suaminya.

Pertemuan penuh sendu itu disertai dengan tangis dan tawa antara ibu dan anak. Tiada siapa yang dapat memisahkan kasih sayang yang wujud. Pertemuan itu berlangsung pada malam 3 November lalu di tempat Anang.

Majlis Hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan telah pun mengesahkan penceraian antara Krisdayanti dan Anang Nurhermansyah pada 22 Oktober yang lalu dan hak penjagaan kedua-dua anak mereka kini jatuh ke tangan Anang.

Aurel dan Azriel kelihatan begitu gembira apabila dapat bertemu dan memeluk ibu mereka. Sebelumnya terdengar khabar bahawa Anang menghalang Krisdayanti untuk bertemu dengan anak-anaknya. Pernyataan ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Anang.

Menurutnya Anang dia tidak pernah menghalang anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka. Malah dia pernah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pengurus Krisdayanti iaitu Elsie Lontoh.

Menurut Anang, sebelum ini bukan dia yang menghalang anak-anaknya untuk bertemu Krisdayanti tetapi mereka sendiri yang keberatan untuk bertemu dengan ibu mereka. Baginya jarak antara kediaman mereka yang berdekatan akan menyenangkan anak-anak untuk pergi bertemu ibu mereka tetapi mereka sendiri yang memilih untuk tidak ke sana. Malah menurutnya anak-anaknya pernah berkata jika ibu mereka ingin bertemu mereka, maka Krisdayanti yang sepatutnya datang.

Melalui pertemuan ini terbuktilah bahawa Anang tidak pernah menghalang Krisdayanti untuk bertemu dengan dua permata hatinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: