Wednesday, November 11, 2009

'Suspek sering bawa pisau'


MD. SALLEH (kiri) dan Zakaria (tiga dari kiri) bersama sanak saudara mereka ketika ditemui di rumah Zabedah di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar.



KERATAN muka depan Kosmo!


ALOR SETAR - "Dua tiga hari sebelum meninggal dunia, emak kata dia sering berasa takut tetapi tidak beritahu kenapa.''

Demikian cerita anak keempat Zabedah Ali, Zakaria Hashim, 40, yang mati dipercayai dibunuh seorang lelaki di Kampung Kuala Sungai, Alor Setar kelmarin.

Menurut Zakaria dia tidak menolak kemungkinan ibunya dirundung perasaan takut kerana pernah melihat suspek sering membawa pisau di dalam rumah pada tiga hari lalu.

"Saya pun pelik dengan kelakuan emak sebelum dia meninggal kerana sering kali kata dia takut dan tidak mahu tinggal berseorangan di rumah.

"Rupa-rupanya, selepas abang tiri saya cerita kedudukan yang sebenar dan emak pernah nampak suspek datang dengan membawa pisau kerana baju dia (suspek) terselak setiap kali dia mahu naik motor, baru saya faham," katanya yang tinggal bersama arwah ibunya itu di sini semalam.

Zakaria memberitahu, dia menyedari emaknya dan suspek selalu berselisih pendapat sejak akhir-akhir ini dan menganggap perbalahan itu adalah hal peribadi.

"Memang saya tahu hubungan mereka bermasalah tetapi sebagai anak, tak manis rasanya nak masuk campur hal orang-orang tua. Tapi tak sangka pula hal ini menjadi makin teruk dan dia (suspek) sanggup buat emak saya macam ini,'' ceritanya.

Anak bongsu Zabedah, Md. Salleh Hashim, 38, pula memberitahu, dia terkejut dengan berita kematian ibunya dan tidak menyangka pertemuan mereka pada 22 Oktober lalu adalah kali yang terakhir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: