Wednesday, November 11, 2009

Dua daripada pelajar ponteng perhimpunan sekolah gadai nyawa


Bulatan menunjukkan lokasi tempat pelajar yang cedera parah ditemui selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di Kangar.


KANGAR - Dua daripada empat pelajar yang ponteng perhimpunan pagi di sekolah mereka di sini semalam nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menyebabkan seorang daripada mereka patah kaki kiri dan hidung berdarah.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang terjun tidak cedera malah dapat melarikan diri sebelum pelajar itu ditahan oleh guru.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di sini.

Empat pelajar dari tingkatan empat itu dipercayai sengaja melepak di dalam kelas mereka kerana enggan hadir ke perhimpunan.

Bagaimanapun, dua daripada empat pelajar yang melepak itu dikatakan terkejut apabila ternampak kehadiran seorang guru yang membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kelas itu.

"Melihat kelibat guru itu, dua daripada mereka berlari ke beranda sekolah dan terus terjun ke padang rumput sekolah itu," kata satu sumber di sekolah itu.

Bagaimanapun, dua lagi pelajar itu tidak buat apa-apa.

Ekoran tindakan dua pelajar itu, seorang pelajar yang badannya agak gempal cedera teruk dengan kaki kiri patah dan hidung berdarah akibat terjatuh dari ketinggian 12 meter.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: