Tuesday, November 3, 2009

Sarkozy, Bruni idam timang anak


NICOLAS SARKOZY dan isterinya, Carla Bruni.


PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan isterinya, Carla Bruni merancang untuk memiliki cahaya mata namun sehingga kini hasrat mereka masih belum kesampaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Berita itu didedahkan seorang jutawan dan rakan presiden tersebut, Jacques Seguela kepada sebuah majalah selebriti ternama Perancis, Voici minggu ini.

Seguela ialah taikun pengiklanan yang dipercayai menjadi orang tengah memperkenalkan Sarkozy kepada bekas supermodel itu di sini pada sebuah majlis makan malam dua tahun lalu.

Hartawan itu berkata, mereka memang mahu memiliki seorang anak malah Carla sudah menyatakan hasrat itu berulang kali dan jika tidak, dia tidak bercakap perkara itu.

"Semua orang yang rapat dengan mereka turut tahu. Mereka berdua pasangan muda dan seperti pasangan muda yang lain, mereka juga mahu membina sebuah keluarga," kata Seguela.

Presiden berusia 54 tahun itu sudah mempunyai tiga anak daripada dua perkahwinan terdahulu manakala Bruni, 41, memiliki seorang anak daripada perhubungan sebelum itu.

Pierre, 24, dan Jean, 22, hasil perkahwinan Sarkozy dengan Marie-Dominique Culioli sebelum bercerai pada 1996 serta Louis, 12, menerusi isteri kedua, Cecilia Ciganer-Albeniz.

Cecilia memohon cerai pada 2007 sebelum Sarkozy mengahwini Bruni pada 2008.

Satu sumber memberitahu Voici, Sarkozy percaya, dengan memiliki anak, dia pasti memenangi pilihan raya pada 2012 namun istana presiden enggan memberi komen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: