TELUK INTAN - Bimbang berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, lebih 200 penduduk Kampung Baru Langkap menggesa Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) mengambil langkah segera mengatasi masalah mendapan tanah di penempatan mereka yang berlaku sejak seminggu lalu.
Dalam kejadian terbaru semalam, penduduk kampung terbabit gempar apabila dua buah rumah hampir runtuh selepas bahagian hadapan mendap secara tiba-tiba.
Menurut seorang pemilik rumah berkenaan, Loo Chuan Keat, 34, sistem perparitan yang tidak sempurna dan tersumbat di kawasan berkenaan yang mungkin menyebabkan wujudnya aliran air bawah tanah.
"Ramai penduduk di sini sudah mengadu kepada MPTI berhubung sistem longkang yang bercelaru di sini tetapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan.
"Saya sendiri sangat terkejut kerana sebaik sampai di rumah, saya lihat rumah keluarga yang didiami sejak 25 tahun ini hampir runtuh kerana mendapan di bahagian tepi longkang," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: