SUBANG JAYA - Kegiatan dua sahabat yang menjadikan kereta mewah sebagai sasaran sejak 11 bulan lalu akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan dalam dua serbuan di Klang dan Subang Jaya baru-baru ini.
Perkara itu terbongkar apabila polis menahan seorang suspek pada pukul 6.30 petang di kawasan rumah pangsa Pandamaran, Klang pada 12 November lalu.
Suspek yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika hendak memasuki sebuah kereta jenis BMW.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pemeriksaan polis mendapati plat pendaftaran kereta mewah itu adalah palsu dan dicuri di Taman Tun Dr. Ismail.
"Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam satu kes curi kereta mewah di Taman Tun Dr. Ismail pada Oktober tahun lalu.
"Susulan tangkapan tersebut, kita menemui sebuah lagi kereta mewah curi jenis Audi A4 di kawasan rumah pangsa yang sama," katanya pada sidang akhbar semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: