Friday, November 27, 2009

Rugi RM45,000 tunggu hadiah istimewa


Awas jika anda mencari kenalan di Internet kerana ada kemungkinan anda akan jadi mangsa penipuan.


KUALA LUMPUR - Jerat 'cinta palsu' membabitkan rangkaian sindiket antarabangsa terus berleluasa dengan semakin hari semakin ramai mangsa-mangsa mendakwa mereka kerugian puluhan ribu ringgit kerana termasuk dalam perangkap cinta kekasih yang hanya dikenali melalui ruang sembang Internet.

Malah sejak kebelakangan ini, mangsa-mangsanya bukan lagi terbatas pada kaum wanita tetapi ia turut membabitkan di kalangan kaum lelaki.

Bagaimanapun, sindiket terbabit lebih gemar mencari sasaran di kalangan kaum hawa kerana beranggapan tugas mereka lebih mudah dan akan mendapat 'laba besar' jika pandai 'mengayat'.

Taktik yang digunakan oleh ahli sindiket itu cukup teratur bermula daripada mencari mangsa melalui ruang sembang internet, 'mengayat', menghantar hadiah dan kemuncaknya menyamar sebagai pihak berkuasa untuk meminta wang.

Terbaru, seorang wanita dari Kedah menjadi mangsa kepada sindiket cinta palsu itu sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM45,000.




Mangsa yang bekerja kilang itu mendakwa mula mengenali kekasihnya bernama Frank Ronny, 46, sejak awal tahun lalu sebelum mereka mula menjalinkan hubungan cinta meskipun tidak pernah berjumpa.

Sejak terjalin hubungan itu, Frank disifatkan mangsa sebagai seorang lelaki 'macho' berdasarkan gambar-gambar yang banyak dihantarkan kepada mangsa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: