Friday, November 20, 2009

Robert Pattinson Teringin Jadi Anjing

Robert Pattinson ketika hadir di The Twilight Saga: New Moon pada 16 November 2009 di Westwood, California.

ROBERT Pattinson berkata, jika diberikan peluang, dia teringin untuk menjadi seekor anjing kerana merasakan kehidupan mereka amat menarik.

"Saya rasa ingin menjadi seekor anjing. Gaya hidup seekor anjing sentiasa menarik perhatian saya..tidur, duduk, dibelai, makan dan dibawa berjalan dari masa ke semasa.

"Ia memang hebat. Memang ada hubungan yang kuat antara saya dan anjing," katanya.

Ditanya tentang kerja kegemarannya, kata Pattinson:

"Menjadi seorang penerbit muzik adalah kerja yang terbaik untuk saya. Atau saya lebih suka menulis. Dalam apa saja, saya sukakan perkara yang kreatif. Mungkin juga sebagai broker saham."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: