Friday, November 20, 2009

Pamela Anderson Mengaku Pernah Ambil Kokain

Pamela mengaku dia masih mengambil minuman beralkohol bergantung kepada situasi.

BINTANG Baywatch, Pamela Anderson mengaku pernah mengambil dadah jenis kokain ketika dia masih muda.

Pelakon berusia 42 tahun itu mengambil dadah 'kelas A' tersebuk atas dasar sekadar mencuba tetapi menegaskan bahawa dia tidak suka akan kesan akibat pengambilan itu.

"Saya pernah mencuba dan saya tidak sukakannya. Saya akan menjadi 'hyper' dan ia memang tidak bagus untuk saya," katanya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini bagaimanapun mengaku dia masih mengambil minuman beralkohol bergantung kepada situasi.

"Saya sudah sebulan tidak minum (alkohol). Saya akan minum dan akan menjadi sedikit 'gila', tetapi sekarang ini saya cuba 'berehat' daripada mengambil minuman itu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: