
SEJUMLAH kejadian rompakan membabitkan selebriti Hollywood baru-baru ini didalangi oleh seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang mahu memakai pakaian seperti artis kesayangannya, dedah seorang rakan suspek.
Nicholas Prugo memberitahu polis Las Vegas, Rachel Jungeon Lee mengatur sejumlah remaja untuk mencuri lukisan, barang perhiasan berharga dan pakaian berjenama daripada rumah Orlando Bloom, Lindsay Lohan dan Paris Hilton, demikian menurut sejumlah waran geledah kelmarin.
Prugo turut memberi kenyataan kepada pihak polis bahawa Lee mengambil produk jenama Chanel berjumlah lebih AS$200,000 (RM681,196) daripada rumah pelakon Rachel Bilson.
Katanya, Lee turut mencuri barang kemas dan harta pusaka milik Paris Hilton.
Terdahulu, polis dilaporkan merampas sejumlah dokumen daripada rumah Lee yang menjelaskan rancangan berkaitan rompakan berkenaan dan sejumlah foto milik Paris Hilton.
Lee kini menunggu perbicaraan kerana memiliki barangan curi, kata polis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: