
BIRMINGHAM – Lebih 60 penonton cedera semasa mereka menyaksikan konsert percuma band popular di Britain, Jack the Land Swing (JLS) di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Konsert anjuran Majlis Bandar raya Birmingham itu diadakan sempena pelancaran festival musim Krismas yang berlangsung di Millennium Point dengan membariskan ramai artis terkenal.
Insiden berlaku semasa 20,000 penonton berasak- asak mahu melihat kumpulan JLS dari dekat menyebabkan pagar besi dekat pentas utama runtuh secara tiba-tiba.
Sekurang-kurangnya empat orang terpaksa dihantar ke hospital manakala puluhan yang lain mendapat rawatan daripada pasukan unit perubatan paramedik di situ.
Dalam insiden itu, seorang budak remaja lelaki patah pergelangan tangan manakala seorang gadis cedera di kedua-dua kakinya.
Kejadian itu mengakibatkan konsert yang sepa- tutnya disusuli dengan persembahan kumpulan Sugababes, Tinchy Stry- der, Chipmunk, Little Boots dan Alexandra Burke dibatalkan.

Seorang Ahli Parlimen di kawasan itu, Khalid Mahmood berkata, angka kecederaan tidak besar meskipun ramai keluarga datang bersama anak- anak ke konsert tersebut.
“Kami bernasib baik tetapi pihak majlis tidak menjalankan tugas dengan teliti untuk membuat peni- laian awal berhubung bahaya dan jumlah penonton yang sepatutnya dibenarkan hadir,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: