
SINGAPURA - Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memberi keutamaan kepada perdagangan bebas dan pelaburan bagi memastikan pertubuhan ekonomi, kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bersama 20 pemimpin rantau itu pada sidang kemuncak APEC yang berakhir di sini semalam.
Pemimpin-pemimpin itu turut menolak dasar perlindungan dan bersetuju memajukan strategi jangka panjang yang berdasarkan keperluan ekonomi berbeza untuk setiap negara.
"Pemulihan belum pulih sepenuhnya dan kita memerlukan paradigma pertumbuhan baru, model integrasi ekonomi yang segar dan akan meneruskan pertumbuhan seimbang.
"Ia mesti disokong dengan inovasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan," kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika membaca pernyataan bersama pemimpin
Anggota-anggota APEC berjanji akan mengekalkan dasar rangsangan ekonomi sehingga satu bentuk pemulihan yang kukuh berlaku.
Tidak ada sebarang kenyataan mengenai kadar tukaran asing dibuat dalam kenyataan bersama itu.
Sebelum ini, menteri-menteri kewangan meminta kadar tukaran asing berorientasi pasaran dikekalkan.
Kenyataan itu dibuat merujuk kepada mata wang China Yuan yang dikritik kerana berada di bawah nilai menyebabkan eksport negara lain menjadi tidak berdaya saing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: