![]() |
| JUSTIN TIMBERLAKE dan Jessica Biel. |
SETELAH Justin Timberlake dikhabarkan berpisah dengan kekasihnya, aktres Jessica Biel September lalu, lelaki pujaan ramai itu merayu agar wanita itu tidak meninggalkannya begitu sahaja.
Justin yang menjalinhubungan cinta selama lebih dua tahun dengan Jessica mahukan wanita itu terus menjadi sebahagian individu penting dalam hidupnya meskipun ikatan mereka sudah berakhir.
Dia yang popular dengan lagu SexyBack berusaha meminta Jessica untuk menemani dirinya yang kesepian setelah kembali hidup solo.
Ada sumber memberitahu, Justin cukup mengerti situasinya dengan Jessica yang kini sudah tiada sebarang hubungan intim dan serius.
Namun, Justin juga mengharapkan Jessica sentiasa berada dekat dengan dirinya supaya dia tidak mudah bertemu dan tertipu dengan wanita lain.
"Jessica tidak dapat menerima permintaan melampau Justin pada awalnya. Dia marah-marah. Selepas agak tenang, dia kemudian bertemu Justin untuk membincangkan semula tentang permintaan bekas teman lelakinya itu.
"Justin berkali-kali meminta supaya Jessica terus menjadi kawannya. Dia mahu mereka menikmati erti persahabatan dengan keluar bersama-sama tanpa adanya sebarang tekanan hubungan cinta.
"Justin seperti bersikap tamak kerana inginkan serba-serbi dalam kehidupannya. Dia tidak mahu kehilangan Jessica sebagai teman wanita mahupun rakan sedangkan dia sudah bebas untuk mencari cinta baru dengan wanita lain di luar sana," jelasnya.
Terdapat laporan sebelum ini yang mengaitkan punca perpisahan pasangan merpati dua sejoli itu berlaku gara-gara Justin belum bersedia melibatkan diri dengan komitmen untuk mendirikan rumah tangga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: