|
|
LONDON - Orang ramai yang berjoging di sebuah taman di sini sering terkejut setelah terserempak Perdana Menteri Britain, Gordon Brown yang turut sama berjoging, lapor sebuah akhbar semalam.
Beliau yang memakai baju polo jenama Slazenger dan seluar trek Umbro kelihatan melakukan senaman larian itu seawal pukul 7 pagi dan berjoging sejauh hampir dua kilometer.
Brown dilaporkan berjoging dengan diiringi anggota keselamatan berpakaian preman beberapa minggu lalu setelah penampilan dirinya yang agak lesu disindir pelbagai pihak.
Sebelum berjoging, Brown dilihat bersandar di limousin rasmi beliau di kawasan letak kereta sambil memanaskan badan dan mula berlari sebaik pihak polis mengesahkan laluan selamat.
Seorang anggota polis khas juga berlari bersama beliau dan selesai berjoging dekat Downing Street selama 10 minit, mereka memeriksa jam untuk melihat masa yang berjaya ditamatkan.
Ramai penduduk London mengambil peluang berjoging hanya untuk bertembung dengan Brown dan mereka melihat beliau memakai kasut Air Max Nike yang sudah tiada di pasaran sejak lima tahun.
Tabiat baru berjoging itu antara program kecergasan sebagai persediaan Brown untuk menghadapi pilihan raya umum Britain pada tahun depan yang dijangka amat sengit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: