Monday, November 16, 2009

PM Britain akan minta maaf


GAMBAR fail bertarikh 6 Oktober 1950 menunjukkan sepasang kembar, Brian Thomas Sullivan (kiri) dan Kevin James


LONDON – Perdana Menteri Britain, Gordon Brown akan meminta maaf bagi pihak negaranya berhubung penghantaran ribuan kanak-kanak ke Australia, kata beberapa pegawai semalam.

Sebelum ini, Britain menghantar lebih 130,000 kanak-kanak miskin ke Australia dan beberapa koloni jajahan negara tersebut sebagai sebahagian daripada satu program yang ditamatkan 40 tahun lalu.

Menurut Dana Imigran Kanak-kanak, program itu menyebabkan kanak-kanak tersebut dihantar tanpa mendapat keizinan daripada keluarga mereka.

Menerusi program itu, Britain menghantar kanak-kanak miskin berumur antara tiga dan 14 tahun ke negara jajahannya supaya mereka dapat menikmati kehidupan lebih baik di Australia, Kanada, New Zealand dan Zimbabwe.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd akan membuat kenyataan berhubung permintaan maaf itu hari ini.

Seorang jurucakap kerajaan Britain menyatakan, beberapa pegawai kini berurusan dengan kerajaan Australia dan satu permintaan maaf akan dibuat seawal tahun depan.

“Permintaan maaf itu merupakan satu simbol amat penting,” kata Setiausaha Kanak-kanak, Ed Balls.

“Adalah sesuatu yang memalukan bahawa dasar yang dahsyat itu berlanjutan untuk satu tempoh yang lama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: