Monday, November 16, 2009

Beckham tiru rambut Jedward




LOS ANGELES – Bintang bola sepak terkenal England, David Beckham tampil pada perlawanan Jumaat lalu dengan fesyen rambut kembar Jed- ward yang menyertai pertandingan realiti televisyen X-Factor di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menarik perhatian ramai apabila muncul dengan gaya jambul seperti etnik pribumi Mohawk ketika membantu pasukannya, kelab LA Galaxy menewaskan Houston Dynamo 2-0 pada Jumaat lepas.

Beckham sebelum ini dikritik kerana mempunyai jambang panjang.

Namun, dia tampil dengan bahagian jambang di tepi telinganya dicukur manakala bahagian tengah rambut dibiarkan tercacak menyerupai kembar yang terkenal dalam program X-Factor, Jedward.

Kembar Jedward itu terdiri daripada John dan Edward Grimes.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: