KUALA LUMPUR - Ingatkan penyokong Kelantan rupa-rupanya si penyeluk saku.
Itulah taktik seorang lelaki warga Indonesia yang cuba mencari rezeki pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 malam kelmarin.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila dia ditahan polis di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini tidak berapa lama selepas pintu masuk stadium dibuka untuk menerima penonton bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ketika ditahan pada pukul 6.50 petang, suspek memakai pakaian warna merah kononnya datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Ahmad Amir Hashim berkata, suspek itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang curiga melihat gelagat suspek.
"Hasil pemeriksaan di badan suspek yang berusia 42 tahun itu, polis menemui sebuah beg dipercayai baru dicuri berisi wang RM15," kata beliau.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: