Monday, November 9, 2009

Mangsa banjir di Kelantan meningkat


ORANG ramai terpaksa meredah banjir setelah jalan ditenggelami air di Kampung Biak, Mukim Malau, Jitra.


KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 2,558 orang apabila lebih ramai penduduk di kawasan Rantau Panjang terpaksa dipindahkan berikutan paras air Sungai Golok kekal pada paras bahaya.

Seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan malam semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, jumlah itu meningkat apabila mangsa banjir di Pasir Mas terus bertambah kepada 2,190 orang berbanding malam tadi diikuti Machang (190), Tanah Merah (75), Tumpat (54) dan Kuala Krai (49).

Bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang pada pukul 9 pagi semalam mencatatkan paras 10.29 meter (paras bahaya 9 meter) iaitu surut berbanding malam tadi 10.42 meter.


SEBAHAGIAN mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Stesen Kereta Api Kedai Lama, Rantau Panjang.


Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.

Paras air Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah dan Tambatan Diraja di sini juga surut di bawah paras bahaya dengan paras di Kusial ialah 14.91 meter (waspada 12 meter/bahaya 16 meter) dan Tambatan Diraja 4.11 meter (waspada 3 meter/bahaya 5 meter).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: