Monday, November 9, 2009

Peguam Negara tidak campur tangan




ROMPIN - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) menafikan pihaknya masuk campur dalam penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan pihaknya menghormati sebarang keputusan yang dibuat mahkamah berkenaan.

"Tidak ada.. takkanlah saya (masuk campur), siapalah saya untuk tangguhkan hukuman, saya sendiri tegas pada pegawai saya supaya tidak lengahkan kes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Persidangan dan Khidmat Masyarakat Seksyen Syariah Jabatan Peguam Negara di Kampung Leban Chondong di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan hukuman ke atas Kartika, 32, yang belum dilaksanakan selepas dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lepas.

Ditanya pandangan beliau sama ada hukuman tersebut perlu disegerakan, Abdul Gani berkata, semua kes seharusnya disegerakan namun ia perlu diteliti secara mendalam bagi menegakkan keadilan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: