Wednesday, November 25, 2009

Pengurus tolak lamaran Spears


GAMBAR fail menunjukkan Spears dan Trawick.


MELBOURNE - Penyanyi sensasi Amerika Syarikat (AS), Britney Spears melamar teman lelaki terbaru yang merupakan pengurusnya, Jason Trawick, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, lamaran itu ditolak oleh Trawick menyebabkan Spears yang popular dengan lagu Womanizer berasa kecewa.

Spears, 27, dikatakan menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Trawick, 37, pada 20 November 2006 lalu.

"Dia amat menyintai idea perkahwinan setelah dia sendiri berkahwin sebanyak dua kali (sebelum bercerai) tetapi Spears telah melamar ramai lelaki," kata satu sumber.

Trawick banyak membantu menangani masalah peribadi Spears.

Spears tiba di sini dua minggu lalu sempena konsert jelajah dengan membawa bersama dua anaknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: