KAUNAS, Lithuania - Seorang lelaki, Svajunas Beniukas menyerah diri selepas imej rakaman telefon bimbit yang menunjukkan dia mencampakkan seekor anjing dari sebuah jambatan di sini tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang rakannya merakamkan perbuatan Beniukas yang berumur 22 tahun itu namun haiwan tersebut tidak mati tetapi jeritan kesakitannya dapat didengari dari jambatan tersebut kerana kecederaan dalaman dan patah tulang.
Perbuatannya itu mencetuskan kemarahan pengguna-pengguna Internet menyebabkan pihak polis melancarkan siasatan berhubung insiden tersebut.
Lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam kerana anjing tersebut membunuh beberapa ekor ayam milik ibunya.
Beniukas telah didakwa melakukan kekejaman terhadap haiwan dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara selama setahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: