Wednesday, November 25, 2009

Pelajar tak senonoh diminta dedahkan diri


GAMBAR menunjukkan sebuah menara jam yang menjadi tempat satu pasangan kekasih berasmara di Sydney.


SYDNEY - Sebuah akhbar di Australia semalam meminta satu pasangan kekasih yang melakukan asmara di sebuah menara jam di sini tampil ke hadapan bagi membuat pengakuan.

Pasangan yang berbogel itu melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada pukul 3.30 petang waktu tempatan pada Jumaat lepas di menara jam tersebut yang dekat dengan Universiti Sydney.

Seorang saksi berkata: "Beberapa orang menyedari kejadian itu dan merakamkan gambar mereka.

"Sebahagian lagi tersenyum dan memerhati gelagat mereka."

Pasangan itu dipercayai pelajar universiti yang tinggal di kawasan berdekatan dan mempunyai akses untuk pergi ke bumbung menara tersebut.

Menurut saksi itu, pasangan itu mungkin mengetahui aksi mereka dapat dilihat oleh orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Ekoran kejadian itu, sebuah akhbar meminta supaya pasangan tersebut tidak malu untuk mendedahkan identiti mereka.

1 comment:

  1. aaahh..biar je lh pa yg dorang nk buat.. mcmla korang x pnah bt dosa.. stiap org da nfsu la weh... mustahil x pnah brooo...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: