PORTSMOUTH - Seorang pelajar Britain, Vicki Larrieux, 22, menyatakan dirinya menggeletar apabila mendekati sayur-sayuran walaupun seulas kecil lobak, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketakutan luar biasa itu dikenali sebagai lachanophobia menyebabkan wanita itu berpeluh dan panik jika ternampak sayur-sayuran.
Berikutan fobia itu, dia memakan daging, kentang, bijirin dan epal namun menolak apabila dihidangkan menu yang mengandungi sayur.
"Sejak kecil, saya selalu menyisihkan lobak dan kacang pis daripada pinggan.
"Namun apabila semakin dewasa, saya berpendapat perbuatan itu bukannya kerana saya tidak suka pada sayur-sayuran tetapi ia sebenarnya satu fobia," kata Larrieux.
Ketakutan aneh itu menyebabkan dia terpaksa mengawal ketakutannya semasa pergi ke pasar raya kerana bahagian sayur-sayuran terletak di pintu masuk.
Seorang jurucakap Anxiety UK iaitu badan kebajikan untuk golongan fobia berkata, terdapat beberapa kumpulan dan rawatan yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi pelbagai jenis fobia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: