Tuesday, November 10, 2009

Pelajar jadi penggodam pertama iPhone


TOWNS


SYDNEY - Seorang pemuda Australia berusia 21 tahun, Ashley Towns mendakwa dirinya menjadi penggodam pertama di dunia yang berjaya menyebarkan virus ke dalam telefon bimbit, iPhone, lapor sebuah akhbar semalam.

Virus tersebut akan memaparkan gambar bintang pop era 1980-an yang popular dengan lagu Never Gonna Give You Up, Rick Astley pada latar skrin telefon bimbit iPhone.

Towns, yang menuntut di sebuah kolej di sini memberitahu laman berita Internet ABC bahawa dia menyebarkan virus berkenaan kerana ingin mengetengahkan isu keselamatan di kalangan pengguna iPhone.

"Virus ini mengeksploitasi sikap malas pengguna yang jarang menukar kata laluan mereka. Saya menunjukkan kepada umum bahawa iPhone mudah digodam," katanya.

Bagaimanapun, virus yang dihasilkan oleh Towns cuma boleh menjangkiti iPhone yang memuat turun perisian atau aplikasi yang tidak diluluskan oleh pengeluarnya, Apple Computer.

"Virus ini tidak membahayakan sistem iPhone dan bukan untuk menyusahkan orang ramai," katanya.

Menurut pemuda itu, pada peringkat awal, virusnya telah menjangkiti lebih 100 iPhone tetapi ia mudah untuk dimusnahkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: