SHAH ALAM - Polis menembak mati lima penjenayah kumpulan PCO Boy yang bergiat aktif dalam jenayah samun bersenjata dan rompakan sekitar Lembah Klang dalam kejadian berbalas tembakan selama kira-kira 20 minit di Persiaran Sungai Keramat, Batu 4, Jalan Kapar, Klang semalam.
Dalam kejadian bermula pada pukul 12.30 tengah malam, sepasukan anggota polis sedang melakukan operasi cegah jenayah di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.
Polis kemudian mengarahkan pemandu kereta jenis Perodua Kelisa memberhentikan kenderaan tersebut sebaliknya kumpulan itu enggan berbuat demikian.
Pemandu kereta tersebut kemudian berundur dengan laju dan dalam masa sama salah seorang suspek lain turut melepaskan tembakan ke arah polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri sehingga menyebabkan kenderaan suspek hilang kawalan.
"Akibatnya, kereta yang diundur laju tersebut melanggar pagar longkang dan tersangkut di pagar berkenaan," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, kelima-lima suspek keturunan India berumur lingkungan 20-an dan 30-an mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek, polis menemui sepucuk pistol semi automatik jenis Remington .4 dengan tiga butir peluru, lima parang dan pedang samurai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: