Tuesday, November 10, 2009

Pan Pacific KLIA dapat anugerah lagi


PAN PACIFIC KLIA mengekalkan imej terbaiknya di peringkat antarabangsa setelah memenangi banyak anugerah.


KUALA LUMPUR - Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur International Airport (Pan Pacific KLIA) yang bertemakan 'lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang' telah diberi penghormatan buat tahun kedua berturut-turut dalam dua kategori utama daripada anugerah berprestij, Anugerah World Travel 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, Pan Pacific KLIA telah dipilih dalam kategori Hotel Lapangan Terbang Terbaik Asia dan Hotel Lapangan Terbang Terbaik Dunia.

Pengumuman itu telah dibuat dalam majlis karpet merah, Anugerah World Travel 2009 dan Upacara Gala Teknologi Pelancongan yang telah berlangsung di Hotel JW Grosvenor House di London pada 8 November lalu.

"Pada tahun ini, undian yang diterima adalah yang tertinggi dalam sejarah enam tahun Anugerah World Travel.

"Ia membabitkan lebih daripada 170,000 golongan profesional industri membuang undi mereka untuk apa yang mereka pertimbangkan sebagai pengembaraan, pelancongan, produk hospitaliti dan perkhidmatan terbaik di seluruh dunia," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Pan Pacific KLIA juga berbangga dengan penganugerahan Hotel Perniagaan Terbaik Asia buat kali keempat dan kemenangan kali ketiga berturut-turut dalam kategori Hotel Perniagaan Terbaik Dunia oleh Pan Pacific Singapore.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: