Sunday, November 8, 2009

Nur Aliah Lee bertunang

DALAM diam-diam rupa-rupanya aktres cantik manis bekas isteri Aziz M. Osman ambil keputusan mengikat cintanya dengan jejaka pilihan.

Mungkin sudah sampai seru, baru enam bulan berkawan, Nor Aliah Lee atau mesra dengan panggilan Vee ambil keputusan bertunang.

Tunangannya itu Joyah difahamkan seorang ahli perniagaan kaya raya dan bertaraf jutawan.

Joyah dapat tahu, tak ramai yang mengetahui mengenai majlis ini kecuali keluarga dan teman rapat sahaja.

Pihak media pun dia tak panggil. Tak tahulah mengapa? Mungkin kerana dia buat majlis pertunangan itu secara kecil-kecilan sahaja.

Tak macam teman baiknya, Umie Aida yang buat majlis pertunangan penuh gilang gemilang dan menjemput semua wartawan.

Mungkin juga Nor Aliah tak mahu kecoh-kecoh sebab dia hanya bertunang. Mana tahu majlis pernikahannya nanti dia buat besar-besaran.

Berbeza dengan Umie yang awal-awal dah bagi tahu media yang dia mahu majlis pernikahannya dihadiri keluarga terapat sahaja.

Apa pun, tahniah buat Nor Aliah. Joyah dengar pasangan itu mahu berkahwin tahun depan. Jangan lupa jemput Joyah ya Nor Aliah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: